job dirumah

Thursday, January 7, 2010

movie review: avatar


cite ni agak menarik bagi aku, just aku kurang fahan starting dia...
cite ni x membosankan walaupun durasi agak panjang:2 jam 40 minit kot.. plot dia x meleret2 tapi padat... CGInya mampu mengalahkan CGI seperti Filem Terminator: Salvation, Transformer: Revenge of Fallen & 2012..huh...tapi klau korang lum tengok leh la layan tengok...

ni ade sikit fakta pasal filem ni:

Fakta No. 1.
Avatar filem James Cameron tak ada kena mengena dengan avatar kartun, budak botak kepala ada arrow.

Fakta No. 2.
Avatar filem James Cameron pun tak ada kena mengena dengan avatar yang di gunapakai dalam forum forum internet. (walau pun ada similarity dari segi 'avatar' sebagai perwakilan)

Fakta No. 3.
Aku dah tengok avatar Jumaat lalu. (setelah mengenepikan alvin dan chipmunks)

.
.
.
.

Tak sangka pulak aku, Zoe Saldana yang melakonkan watak Neytiri dalam citer tu, rupa rupanya negro. haha.


jalan cerita dia macam ni :

Cerita Avatar ini bermula apabila Jake Sully, seorang bekas tentera yang lumpuh dihantar ke Bulan Pandora untuk menggantikan saudara kembarnya (yang mati dibunuh) dalam program Avatar. Ini disebabkan beliau mempunyai kritiria yang hampir sama dengan saudara kembarnya untuk bergabung dengan Avatar milik saudara kembarnya. Namun begitu, penglibatan beliau menyebabkan pasukan saintis dalam program ini kecewa terutamanyan Dr. Grace Augustine kerana Jake tidak memiliki ilmu dan tidak terlatih dalam program Avatar ini.

Semasa menemai Dr. Grace dan Norm Spellman (yang berada dalam badan Avatar) dia telah diserang oleh pemangsa yang menyebabkannya terpisah dari kumpulan saintisnya itu. Semasa keseorang ditempat yang begitu asing baginya, dia telah bertemu dengan Neytiri, salah satu penduduk asal Pandora yang digelar Na'vi. Pada mulanya, wanita Na'vi itu mahu membunuh Jake kerana kaum Na'vi bermusuhan dengan manusia disebabkan manusia telah merosakkan tempat tinggal Na'vi. Namun begitu, dia telah membatalkan hasrat untuk membunuh Jake kerana mendapat petanda dari Eywa (kuasa spiritual bulan Pandora). Neytiri telah menyelamatkan jake dari dibunuh pemangsa dan membawanya di tempat tinggalnya yang dipanggil Hometree. Disana dia telah ajar oleh Neytiri mengenai kaum Na'vi.

Pergaulannya Jake dengan kaum Na'vi telah mengembirakan para saintis dibulan itu kerana ia memungkinkan pemulihan hubungan antara kaum Na'vi dan manusia. Namun bagi Colonel Miles Quaritc, ketua keselamatan di Pandora ia merupakan satu peluang untuk dia dan pasukannya mendapatkan maklumat mengenai kaum Na'vi dalam usahanya menghalau kaum Na'vi dari tempat tinggal mereka iaitu Hometree kerana dikatakan kawasan sekitar Hometree mempunyai galian yang sangat bernilai yang dipanggil Unobtanium.

Jake diberi tempoh 3 bulan untuk mendapatkan segala maklumat mengenai tempat tinggal kaum Na'vi tersebut. Namun begitu, sepanjang penyamarannya itu, dia semakin dekat dengan kaum Na'vi dan telah menjadi pahlawan. Sepanjang itu jugalah, dia mula mempersoalkan misinya dari segi moraliti kerana melihat tindakan manusia yang mahu menghalau kaum Na'vi adalah tidak berperikemanusian dan sikap manusia yang ingin menghancurkan keindahan Pandora.

Setelah mendapati kaum Na'vi enggan meninggalkan tempat tinggal mereka, pasukan tentera manusia telah bertindak menyerang Hometree dan lebih teruk mereka ingin menyerang tempat suci kaum Na'vi. Jake yang berjaya melarikan diri dari tahanan, telah menjadi ketua bagi semua suku kaum Na'vi dan berperang dengan pasukan tentera manusia.

Filem arahan James Cameron ini bukan sekadar cerita semata - mata, ia menyampaikan satu mesej kepada dunia dengan memaparkan sikap manusia yang tamak dan kejam dalam filem ini. Dalam mengejar ketamakan harta, mereka sanggup menghalau dan membunuh kaum peribumi. Ini ditunjukan dalam filem ini dimana manusia yang merupakan makhluk asing bagi kaum Na'vi telah menghalau mereka dari tempat tinggal mereka demi mencarigali Unobtanium yang dikatakan sangat tinggi nilainya di bumi. ia tidak ubah dengan sikap golongan yang kaya dan tamak dibumi ini yang sanggup menindas kaum lemah.

artikel asal kat: satu cerita

1 comment:

bebelan sesaje