job dirumah

Wednesday, January 13, 2010

blog review: Lyana Hisham


review kali ni aku terjah blog milik sorang gadis kecil molek(main terjah je) yang mengambarkan diri beliau sebagai "seorang yang nampak simple, but deep inside she's also sometimes a bit complicated too."pemilik blog ni adalah seorang student UKM n aku x sure course ape..

blog beliau berkisar seluruhnya tentang life beliau, keluarga n en.kesayangan beliau(yang ada hati nak mengayat tu lupakan lah....)tulisan pemilik blog ni cukup simple, tapi menarik untuk dibaca...seolah2 pembaca ada dalam situasi yang belau gambarkan..terkadang boleh senyum,ketawa, bengang ketika membaca blog beliau...walaupun blog ni berkisar tentang personal life, ade gak kata2 sindiran, teguran yang kita leh fikirkan....


review ni agak pendek,waktu tak mengizinkan....

Tuesday, January 12, 2010

blog review: a muslimah meddie

bukak je blog ni ade figure berwarna putih....

a muslimah meddie....dari title blog ni pembaca akan terus faham, blog ni berkaitan ngan medic2... tp blog ni bukan tentang dunia perubatan,cara2 nak rawat luka or so on.. blog ni berkisar tentang life seorang gadis yang melanjutkan pengajian dalam bidang medic di mesir, kisah suka duka beliau hidup di negara orang untuk menimba ilmu yang tak ternilai.. act tuan blog ni adalah seorang sahabat ketika sama2 menimba ilmu kat sliss dulu, n sekarang melanjutkan study beliau dalam bidang medic..power bio dia nih..hehe...

ok2, balik ke point kite....blog ni memang berkisar tentang hidup beliau, tapi yang membezakan blog ni ngan diary blog yang len, yang biasa kita baca, blog ni tentang hidup seorang perantau... bukan tentang student life kat ukm,upm or unimas tp kat mesir(name uni x tau lak...) jauh dari keluarga, dan satu2nye keluarga yang ada adalah sahabat2 seperjuangan kat situ....

tulisan kat blog ni tersusun,bait2 ayat disusun dengan cukup teratur n dengan mudah menyampaikan maksud yang ingin disampaikan...bila dah baca blog ni pembaca leh merasai perasaan si penulis.. sedikit sebanyak ada gak entri kat blog beliau yang membuatkan kita berfikir, Justify Fullmerenung diri dan menginsafi diri yang sentiasa lalai... sambil2 membaca kat blog ni pembaca gak dihiburkan ngan muzik latar yang beralun lembut...silap2 sedar x sedar kita dah abis baca blog ni... hehe....

so aku harap review ni menarik minat kamu,kanu dan kamu tuk baca blog nih....

Thursday, January 7, 2010

blog review: + dunyª gªdisz (= +

macam-macam kaler ade.....

ha...kali ni terjah lak blog milik budak uitm yang kecik molek ni kot....blog ni memaparkan kehidupan gadis ni yang penuh warna warni (warna2 hidup remaja la) kisah personal life beliau ngan ex-en.kesayangan, life mase kat sekolah dulu, cite pasal nenakalan mase kecik2 dulu...senang kata blog beliau adalah diari beliau...lebih kurang la....actually tuan punye blog nih adalah junior aku mase skolah menengah dulu, aku form 5 n dia kat form 1...aku pun x perasan dia..hehe..mase sekolah dulu aku ni jenis yang menundukkan pandangan pada wanita, maklum la..sekolah agama... (melalut sikit) aku perasan dia ni junior aku pas aku baca dia punye tepian blog..
ok2, balik kat main point.. blog ni bagi aku best tuk dibaca sebab memaparkan kisah kehidupan remaja yang baru menginjak ke alam dewasa...sape2 nak ngorat tuan blog ni rajin2 la bacda blog dia...hehe..mane tau kan....

+ dunyª gªdisz (= +

apaepun,follower beliau leh tahan ramainye....173 masa review ni ditulis....(ramai gak)

blog review: sharing is caring

blog ni agak banyak iklan,bagi yang suka klik iklan leh la jalan2 kat sini

jika anda mencari blog untuk belajar tutorial n suka download2.. ni 1 blog yang sesuai untuk korang..blog ni pada aku sangat best untuk dilawati adalah sebab banyak tutorial yang berguna yang leh aku belajar.. contoh paling senang adalah iklan yg terapung kat tepi tu aku belajar kat blog nih...cara tuan punye blog mengolah ayat juga seronok untuk dibaca dan bersahaja... sebelum ni blog ni ada banyak menyentuh tentang sikap2 anak melayu moden, tapi lately macam dah tak de lagi...pada aku konsep macam tu sangat bagus, sekuran2nye dapat la membuka minda kita yang membaca ni...banyak gak tuan blog ni buat contest,yang terbaru: "New Year Contest : "Blogspot Yang Patut Unwanted Lawati." so kalau korang nak try nasib boleh la kan join contest yang beliau buat tu..b4 ni ade gak aku join,tp hampa x menang pun...hehe..harap2 pas aku buat review ni ade la sikit chance kot....
antara stuff yg korang leh download kat blog ni adalah :
1)mastika (macam dah lama x de je?)
2)naruto shipuden (pun macam dah lama x de)
3)software berguna
4)movie2
5)etc2.....
follower kat blog ni gak boleh tahan: sebanyak 629 follower masa review ni ditulis n rasa2 ada potensi tuk makin ramai, mungkin mereka juga macam aku, tertarik pada konsep yang dibawa oleh tuan blog....

aku rasa cukup kot review ni..kang aku review banyak2 kembang lak idung tuan blog ni.. haha...
jangan marah aa....?



movie review: avatar


cite ni agak menarik bagi aku, just aku kurang fahan starting dia...
cite ni x membosankan walaupun durasi agak panjang:2 jam 40 minit kot.. plot dia x meleret2 tapi padat... CGInya mampu mengalahkan CGI seperti Filem Terminator: Salvation, Transformer: Revenge of Fallen & 2012..huh...tapi klau korang lum tengok leh la layan tengok...

ni ade sikit fakta pasal filem ni:

Fakta No. 1.
Avatar filem James Cameron tak ada kena mengena dengan avatar kartun, budak botak kepala ada arrow.

Fakta No. 2.
Avatar filem James Cameron pun tak ada kena mengena dengan avatar yang di gunapakai dalam forum forum internet. (walau pun ada similarity dari segi 'avatar' sebagai perwakilan)

Fakta No. 3.
Aku dah tengok avatar Jumaat lalu. (setelah mengenepikan alvin dan chipmunks)

.
.
.
.

Tak sangka pulak aku, Zoe Saldana yang melakonkan watak Neytiri dalam citer tu, rupa rupanya negro. haha.


jalan cerita dia macam ni :

Cerita Avatar ini bermula apabila Jake Sully, seorang bekas tentera yang lumpuh dihantar ke Bulan Pandora untuk menggantikan saudara kembarnya (yang mati dibunuh) dalam program Avatar. Ini disebabkan beliau mempunyai kritiria yang hampir sama dengan saudara kembarnya untuk bergabung dengan Avatar milik saudara kembarnya. Namun begitu, penglibatan beliau menyebabkan pasukan saintis dalam program ini kecewa terutamanyan Dr. Grace Augustine kerana Jake tidak memiliki ilmu dan tidak terlatih dalam program Avatar ini.

Semasa menemai Dr. Grace dan Norm Spellman (yang berada dalam badan Avatar) dia telah diserang oleh pemangsa yang menyebabkannya terpisah dari kumpulan saintisnya itu. Semasa keseorang ditempat yang begitu asing baginya, dia telah bertemu dengan Neytiri, salah satu penduduk asal Pandora yang digelar Na'vi. Pada mulanya, wanita Na'vi itu mahu membunuh Jake kerana kaum Na'vi bermusuhan dengan manusia disebabkan manusia telah merosakkan tempat tinggal Na'vi. Namun begitu, dia telah membatalkan hasrat untuk membunuh Jake kerana mendapat petanda dari Eywa (kuasa spiritual bulan Pandora). Neytiri telah menyelamatkan jake dari dibunuh pemangsa dan membawanya di tempat tinggalnya yang dipanggil Hometree. Disana dia telah ajar oleh Neytiri mengenai kaum Na'vi.

Pergaulannya Jake dengan kaum Na'vi telah mengembirakan para saintis dibulan itu kerana ia memungkinkan pemulihan hubungan antara kaum Na'vi dan manusia. Namun bagi Colonel Miles Quaritc, ketua keselamatan di Pandora ia merupakan satu peluang untuk dia dan pasukannya mendapatkan maklumat mengenai kaum Na'vi dalam usahanya menghalau kaum Na'vi dari tempat tinggal mereka iaitu Hometree kerana dikatakan kawasan sekitar Hometree mempunyai galian yang sangat bernilai yang dipanggil Unobtanium.

Jake diberi tempoh 3 bulan untuk mendapatkan segala maklumat mengenai tempat tinggal kaum Na'vi tersebut. Namun begitu, sepanjang penyamarannya itu, dia semakin dekat dengan kaum Na'vi dan telah menjadi pahlawan. Sepanjang itu jugalah, dia mula mempersoalkan misinya dari segi moraliti kerana melihat tindakan manusia yang mahu menghalau kaum Na'vi adalah tidak berperikemanusian dan sikap manusia yang ingin menghancurkan keindahan Pandora.

Setelah mendapati kaum Na'vi enggan meninggalkan tempat tinggal mereka, pasukan tentera manusia telah bertindak menyerang Hometree dan lebih teruk mereka ingin menyerang tempat suci kaum Na'vi. Jake yang berjaya melarikan diri dari tahanan, telah menjadi ketua bagi semua suku kaum Na'vi dan berperang dengan pasukan tentera manusia.

Filem arahan James Cameron ini bukan sekadar cerita semata - mata, ia menyampaikan satu mesej kepada dunia dengan memaparkan sikap manusia yang tamak dan kejam dalam filem ini. Dalam mengejar ketamakan harta, mereka sanggup menghalau dan membunuh kaum peribumi. Ini ditunjukan dalam filem ini dimana manusia yang merupakan makhluk asing bagi kaum Na'vi telah menghalau mereka dari tempat tinggal mereka demi mencarigali Unobtanium yang dikatakan sangat tinggi nilainya di bumi. ia tidak ubah dengan sikap golongan yang kaya dan tamak dibumi ini yang sanggup menindas kaum lemah.

artikel asal kat: satu cerita

Review blog: Aby RAd's blog

ni templates baru beliau, templates lame kaler ijau limau...

tahniah untuk blog aby Rad's blog sebab jadi review pertama aku...hehe...bukan ape, sebenarnye banyak gile blog2 yang bagi aku sangat2 menarik tuk dibaca...n blog aby ni adalah antara feveret aku, n blog aby adalah antara blog pertama yang aku follow semenjak aku mula berbloging ni.. lepas tu tiap kali lepak kat ofis blog pertama aku bukak mesti la blog aku... pas tu mesti usha blog aby. wahaha...blog ini sudah buat aku ketagih.

blog ni memaparkan segala benda yang cik aby dapat dari e-mail beliau, n mostly aku tengok penyumbang besar kepada post2 beliau adalah from her dad...(wah,ayah menyokong hobi his anak gadis). seperti mana moto beliau "Aby RAd's blog - Menarik..Pelik..dan Jelik.."
n Description beliau "Blog yang menampilkan perkara² yang menarik..pelik..dan jelik..daripada koleksi emel² yang diterima" blog ni memang memaparkan banyak gambar2 yang agak horror macam kes bunuh, potong2, eksiden n benda pelik..blog ni gak kadang2 ade menyelitkan something yang bagi aku lawak sengal2 ubi, "keterlampauan pandai" manusia, n kadang2 ade gak something yang berunsurkan keagamaan.. n kadang2 post beliau berjaya menimbulkan rasa "panas" dikalangan readers beliau..

pada pandangan peribadi aku lah kan, blog ni memang best untuk di follow. banyak entri beliau yang boleh kite sedut sebagai penambah pengetahuan, boleh buat kita bukak mata tentang ke-benaran dunia ni.. hehe..blog beliau memang banyak follower pun...



aku rasa ok kot review pertama aku nih?hope so...cik aby jangan marah eh klau ade tersilap kat mane2?ade apape just komen je..insyaallah akan diberi perhatian...

posting pertama


salam sejahtera....
sekoding blog ni bukanlah blog pertama aku buat..memandangkan tahun dah baru ni aku ngat nak tambah 1 lagi blog...dan lahir la sekoding blog ni untuk kamu,kamu dan kamu baca..blog ni akan menceritakan review2 tentang blog yang menarik, review2 movie yang akan keluar dan telah keluar, review hobi best dan bermacam2 lagi tentang sesuatu yang menarik..diharapkan anda,anda dan anda boleh layan baca blog ni.... terima kasih....