job dirumah

Wednesday, November 9, 2011

awan terpilu


41. Tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah (yang Maha Esa dan Maha kuasa) sentiasa bertasbih kepadanya sekalian makhluk Yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung Yang terbang berbaris di angkasa? masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha mengetahui akan apa Yang mereka lakukan.
42. Dan bagi Allah jualah Kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
43. Tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? selepas itu Engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) Yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa Yang dikehendakiNya. sinaran Kilat Yang terpancar dari awan Yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
44. Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; Sesungguhnya Yang demikian mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang celik mata hatinya berfikir.

surah an nuur (24:41-44)

No comments:

Post a Comment

bebelan sesaje